Perkasa dan kurangkan jurang ekonomi kelompok tertinggal - Utusan Malaysia

Perkasa dan kurangkan jurang ekonomi kelompok tertinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Pemerkasaan ekonomi kelompok yang tertinggal dan mengurangkan jurang ekonomi rakyat tanpa mengira kaum adalah antara kunci utama kepada keharmonian di negara ini, kata  Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Kerajaan pada masa sama harus memastikan ruang keterbukaan yang diberikan kepada rakyat tidak disalah guna untuk menyemai kebencian serta mencucuh api kebencian perkauman dan agama untuk tujuan politik pihak tertentu.

“Ruang keterbukaan tidak harus disalah guna untuk mencapai tujuan politik kumpulan tertentu serta mempertikaikan perkara-perkara yang menjadi peruntukan asas di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tanggungjawab kerajaan memelihara perpaduan, kestabilan dan keharmonian di antara rakyat di atas landasan Perlembagaan bukanlah suatu “zero-sum game”, di mana kepentingan dan hak suatu pihak harus dikorbankan untuk kepentingan pihak lain,” katanya dalam Pidato Presiden pada Konvensyen Nasional Amanah 2018 di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru di sini  hari ini. 

Konvensyen tiga hari bermula hari ini bertemakan ‘Menggalas Amanah, Membina Negara’dihadiri 1,000 ahli perwakilan dari 156 kawasan sah berdaftar serta kira-kira 3,000 pemerhati dari dalam dan luar negara. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×