ALOR GAJAH 24 Dis. – Seekor buaya tembaga seberat kira-kira 200 kilogram yang dipercayai `sesat’ di Empangan Durian Tunggal dekat sini berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri petang semalam. Reptilia sepanjang 3.4 meter itu sebelum ini disedari muncul di empangan tersebut sejak 14 Disember lalu oleh penduduk yang kemudian segera memaklumkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut. Pengarah Perhilitan negeri, Noorzakiahanum Mohd. Noh berkata, pihaknya dengan…










