Pergaduhan di bengkel, 8 dituduh hari ini - Utusan Malaysia

Pergaduhan di bengkel, 8 dituduh hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Lapan lelaki yang terlibat dalam kes merusuh di sebuah bengkel kereta di Taman Putra Perdana, Puchong, Sepang dekat sini akan dituduh di Mahkamah Sepang, dekat sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kesemua mereka akan dituduh di bawah Seksyen 128 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu, berlaku pergaduhan di bengkel tersebut melibatkan pekerja dan pelanggan yang tidak berpuas hati mengenai upah membaiki kenderaan.

Ketidakpuasan hati tentang pembayaran itu menyebabkan pertengkaran kedua-dua pihak yang kemudiannya merebak kepada pergaduhan sebelum mangsa diserang suspek dengan parang dan pemadam api. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN