JOHOR BAHRU 7 Dis. – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi tulisan dalam Twitternya hari ini menimbulkan tanda tanya apabila melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pihak tertentu yang cuba ‘menukar’ Menteri Besar Johor. “Anda bukan Perdana Menteri. Apa yang membuatkan anda berfikir dengan cuba melobi mempunyai Menteri Besar yang akan menjadi boneka anda, anda boleh mengawal Johor? “Anda melobi salah seorang daripada Exco kami untuk menjadi MB…










