BAJIRAO Mastani adalah antara naskhah filem epik terkenal dalam industri perfileman di Bollywood. Memenangi banyak anugerah pada 2016, filem arahan Sanjay Leela Bhansali itu diangkat antara filem terhebat dalam sejarah perfileman sehingga berjaya mencipta fenomena tersendiri. Menariknya, filem yang bercerita tentang sejarah empayar lama kerajaan India bertemakan cinta tiga segi inilah yang menyaksikan kemuncak kehebatan lakonan dua aktres popular Bollywood, Priyanka Chopra dan Deepika Padukone. Ia merupakan pertemuan paling dinanti…










