Perancis haramkan pukul anak - Utusan Malaysia

Perancis haramkan pukul anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 30 Nov. – Parlimen Pe­rancis hari ini secara simboliknya mengundi melarang ibu bapa memukul anak-anak mereka, iaitu amalan yang turut dikecam oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetapi masih dipratikkan di negara ini.

Rang undang-undang itu bertujuan memastikan ibu bapa menjalankan tanggungjawab mereka mendidik tanpa menggunakan kekerasan termasuk keganasan fizikal,lisan atau psikologi.

Ahli Parlimen mengundi secara undian – 51 menyokong berbanding satu menentang – pada awal pagi ini, selepas perbahasan panjang sebelum rang undang-undang itu diserahkan kepada Dewan Senat.

Percubaan oleh kerajaan terdahulu untuk mengharamkan amalan itu mendapat tenta­ngan Parti Konservatif.

Menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Chilhood Foundation, 85 peratus ibu bapa di Perancis memilih untuk mengenakan hukuman tegas mengecewakan negara jiran se­perti Sweden dan Jerman.

Sekolah-sekolah juga te­lah lama melarang hukuman fizikal ke atas kanak-kanak, tetapi ibu bapa mereka pula sebaliknya.

“Paling penting, rang undang-undang itu tidak akan mengenakan hukuman terhadap ibu bapa yang masih mendisiplinkan anak-anak mereka sebagai matlamat untuk mendidik mereka,” kata ahli Parlimen, Maud Petit.

Selain itu, kelulusan rang undang-undang berkenaan juga akan menjadikkan Perancis bergerak seiring dengan undang-undang antarabangsa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN