Perak berusaha pastikan semua projek pentadbiran lepas diteruskan - Utusan Malaysia

Perak berusaha pastikan semua projek pentadbiran lepas diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Pakatan Harapan sedang berusaha untuk meneruskan semua projek yang diumumkan oleh pentadbiran terdahulu, demikian menurut Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata, projek tersebut perlu dipastikan memberi impak yang baik kepada rakyat selain kos yang setimpal.

“Kita dapati banyak projek yang telah ditangguhkan atau dihentikan terus.

“Dalam keadaan itu kerajaan negeri mengambil jalan supaya sentiasa berbincang dengan kerajaan persekutuan untuk seboleh-bolehnya teruskan apa juga projek yang telah diumumkan sebelum ini,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Dr. Ko Chung Sen (PH-Kepayang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 di sini, hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Ahmad Faizal berkata, kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk memastikan peruntukan disalurkan mengikut perancangan kepada Perak.

Kepada pertanyaan tambahan Razman Zakaria (PAS-Gunung Semanggol) mengenai pembangunan tidak seimbang, Ahmad Faizal tidak menafikannya.

Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak termasuk penjawat awam dan para ADUN agar dapat menyalurkan maklumat untuk memastikan tiada rakyat yang tertinggal daripada menikmati pembangunan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN