Penyokong berang gol Vietnam ofsaid - Utusan Malaysia

Penyokong berang gol Vietnam ofsaid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Kebanyakan penyokong Harimau Malaya yang sukar menerima kegagalan Malaysia membawa pulang Piala AFF menggunakan media sosial untuk melepas geram dengan jaringan Vietnam malam tadi yang didakwa ofsaid.

Vietnam meledak gol tunggal perlawanan di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi seawal minit keenam menerusi Nguyen Anh Duc yang berpunca daripada serangan balas.

Anh Duc dan Phan Van Duc dilihat sudah berada dalam posisi ofsaid ketika menerima hantaran Nguyen Quang Hai dari sebelah sayap kiri.

Jaringan Anh Duc dibenarkan dan cukup untuk membantu skuad Naga Emas muncul juara buat kali kedua menerusi agregat 3-2 selepas seri 2-2 dalam final pertama.

Malah, ada yang mencadangkan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) sepatutnya menggunakan teknologi bantuan pengadil (VAR) untuk menentukan jaringan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN