Penyokong berang gol ofsaid - Utusan Malaysia

Penyokong berang gol ofsaid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Sukar menerima kekalahan Harimau Malaya dalam final Piala AFF 2018 semalam, penyokong Malaysia melepaskan geram kepada pengadil perlawanan dengan mendakwa gol tunggal kemena­ngan Vietnam tidak sepatutnya dibenarkan kerana ofsaid.

Dalam aksi di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, tuan rumah memperoleh gol seawal minit keenam menerusi Ngu­yen Anh Duc yang berpunca daripada serangan balas.

Anh Duc dan seorang lagi pemain Vietnam, Phan Van Duc dilihat sudah berada dalam posisi ofsaid ketika menerima hantaran Nguyen Quang Hai dari sebelah sayap kiri.

Jaringan Anh Duc bagaima­napun dibenarkan oleh pengadil dari Iran, Alireza Faghani untuk membolehkan skuad Naga Emas menang 1-0, sekali gus muncul juara buat kali ke­dua menerusi agregat 3-2.

Facebook Kliq News memuat naik status kecewa terhadap keputusan final kedua, malah memasukkan gambar kedudukan pemain Vietnam sebelum jaringan itu terhasil sebagai bukti jaringan tersebut ofsaid.

“Ini tidak adil buat Harimau Malaya! Jaringan tunggal Vietnam jelas berada dalam kedudukan ofsaid dan gol daripada Nguyen Anh Duc sepatutnya tidak dikira.

“Pengadil perlawanan ­Alireza Faghani dilihat gagal melaksanakan tugas dengan baik apabila membenarkan gol tersebut. Diharap pihak AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia), AFF (Persekutuan Bola Sepak ASEAN) dapat memberikan keadilan dalam isu ini begitu juga FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia),” tulis Kliq News dalam status mereka hari ini.

Penyokong Vietnam yang menggunakan akaun Nguyen Tung bagaimanapun membalas status Kliq News dengan menulis: “Jika pengadil tidak membenarkan gol tersebut dan kedudukan 0-0 anda tetap tewas.”

Ada juga penyokong yang mencadangkan AFF menggunakan teknologi bantuan pengadil (VAR) untuk menentukan gol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×