KUALA LUMPUR 5 Dis. – Mengakui para pensyarah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini tidak mempunyai kepakaran tertentu, Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan arahan supaya golongan berkenaan mengikuti latihan industri selepas waktu kerja. Menterinya, M. Kula Segaran berkata, langkah itu bagi memastikan tenaga pakar di negara ini bukan sahaja hebat dalam bidang akademik sebaliknya dalam bidang praktikal. “Ada arahan supaya para pensyarah menjalani latihan praktikal selepas waktu kerja…










