KUALA LUMPUR – Seorang Penolong Pengurus The Star, M. Yougesnaparan dipenjara 30 bulan dan denda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah kerana menerima rasuah RM20,000, Mei tahun lalu. Hakim Madihah Harullah memutuskan itu selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap M. Yougesnaparan yang berusia 54 tahun. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman penjara dan memerintahkan jaminan dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM40,000 dengan seorang penjamin.…










