MELAKA 14 Dis. – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang operator kilang selepas mengaku bersalah memukul isterinya menggunakan kerusi plastik tujuh bulan lalu. Mohd. Faiz Idris, 31, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap isterinya Siti Mariam Mohd. Nor, 30, dengan cara memukul mangsa…