Pengurusan kuil mohon maaf dakwa Muhammad Adib dilanggar - Utusan Malaysia

Pengurusan kuil mohon maaf dakwa Muhammad Adib dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pihak Kuil Sri Maha Mariamman Seafields, USJ25, Subang Jaya memohon maaf berhubung dakwaan anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim telah dilanggar oleh jentera bomba.

Pengerusi Badan Bertindak kuil tersebut, S.W. Ramaji berkata, hasratnya sewaktu bertemu dengan petugas media pada 28 November lalu ialah untuk meminta polis menyiasat kemungkinan Muhammad Adib dilanggar.

“Saya tidak pernah berniat untuk menyinggung perasaan keluarga serta rakan-rakan Muhammad Adib atau sesiapa jua sewaktu memohon pihak polis supaya menyiasat rakaman klip video trak itu.

“Sekiranya saya telah menyakiti perasaan mereka, saya tidak kesal untuk meminta maaf kepada keluarga yang mengalami kedukaan kerana kehilangan seorang anak yang berkhidmat dengan dedikasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramaji turut mengucapkan terima kasih kepada Allahyarham di atas perkhidmatannya kepada rakyat Malaysia.

“Insiden tersebut merupakan satu detik hitam untuk negara kita dan ia tidak sepatutnya berlaku malah tiada sesiapa yang boleh dan sepatutnya membenarkan kejadian yang memalukan itu berlaku.

“Saya sungguh kecewa di atas apa yang telah menimpa Muhammad Adib sehingga mengakibatkan keluarganya bersedih dan berdoa supaya keadilan untuknya ditegakkan,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN