TAIPING – Seorang penghantar barang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyamar sebagai pegawai polis dan menipu seorang warga emas membabitkan kerugian RM2,500 dua tahun lalu. Tertuduh, V. Premantharan Pillai, 40, dari Pandamaran, Klang, Selangor mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Hairol Jemain. Bapa kepada empat orang anak itu didakwa menipu R. Asubadi@Asupathy, 76, dengan menyamar…










