Pengemis 'bergaji' AS$4,000 - Utusan Malaysia

Pengemis ‘bergaji’ AS$4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BROOKLYN, Amerika Syarikat – Seorang penganggur yang pernah dibuang sebuah kolej mampu meraih purata pendapatan bulanan sebanyak AS$4,000 (RM16,750) dengan hanya mengemis di internet.

Wang kutipan yang diperoleh Jovan Hill, 25, akan digunakan untuk membiayai gaya hidupnya termasuk membeli alat permainan video, pelbagai koleksi baju vintaj dan juga dadah jenis ganja.

Menurut laporan, Hill akan membuat rakaman video untuk meminta sumbangan wang daripada orang ramai dengan alasan mahu membayar sewa dan menampung belanja harian. Dia kemudiannya akan berkongsi klip itu bersama pengikut di beberapa laman sosial termasuk Periscope, Instagram, YouTube dan Twitter.

Dia didakwa mempunyai lebih 200,000 pengikut dan mereka akan memberi wang kepadanya menerusi akaun PayPal.

Beberapa pengikutnya pernah bertanyakan Hill mengapa dia enggan bekerja seperti orang lain dan lelaki itu membalas: “Ini adalah pekerjaan saya.” – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN