Peneroka felda ditemukan mati - Utusan Malaysia

Peneroka felda ditemukan mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 6 Dis. – Seorang peneroka Felda Kerteh 5 yang berusia lingkungan 50-an ditemukan mati dalam keadaan terbaring di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Kerteh 6 dekat sini semalam.

Mayat lelaki itu dijumpai bersebelahan kereta jenis Proton Persona miliknya oleh seorang pengguna jalan raya, Mohd. Zulbadrul Hisham Husin, 36, pukul 10 malam yang kebetulan lalu di situ.

Menurut Mohd. Zulbadrul, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari rumah rakannya di Kampung Durian Mentangau menuju kediamannya di Felda Kerteh 5.

Katanya, ketika dalam perjalanan pulang, dia terserempak dengan seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang sedang berjalan kaki berseorangan kira-kira 1 kilometer dari tempat kejadian.

“Saya menghampiri wanita itu dan bertanyakan kepadanya kenapa dia berjalan seorang di jalan raya dan wanita itu kemudian meminta tolong saya pergi tengok rakannya itu sebelum saya segera hubungi polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Beliau memberitahu, hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah berhubung penemuan mayat itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tambahnya, mayat mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN