ALOR GAJAH 2 Dis. – Hujan lebat sejak tengah malam 18 November lalu memberi kesan kepada penduduk di sekitar Alor Gajah dan Melaka Tengah apabila kediaman mereka dilanda banjir yang agak teruk menyebabkan seramai 1,081 penduduk terpaksa berpindah. Musibah banjir itu diburukkan lagi apabila air dari sungai di Tampin, Negeri Sembilan turun ke Gadek, Alor Gajah dan kemudian mula memenuhi kawasan saliran di sekitar Alor Gajah dan Melaka Tengah menyebabkan…










