Pemuda UMNO Sabah desak Presiden letak jawatan - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO Sabah desak Presiden letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Pergerakan Pemuda UMNO Sabah mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  meletak jawatan dalam UMNO serta-merta. 

GHAZALIE ANSING
GHAZALIE ANSING 

Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri, Ghazalie Ansing berkata, ketidaktentuan Presiden parti dalam menentukan hala tuju UMNO menyebabkan ramai pemimpin dan ahli bertindak meninggalkan parti tersebut.

Selain itu, beliau juga mendakwa, Dr. Ahmad Zahid cuba menjadikan parti itu sebagai perisai untuk menyelamatkan diri beliau daripada kes-kes yang dihadapinya.

“Presiden sedar akan permasalahan ini dan permasalahan yang dia sendiri bawa. Presiden juga tidak mempunyai  ‘command and respect’ dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO. 

“Oleh yang demikian, saya mendesak agar Presiden meletakkan jawatan dengan segera dan jika dia ingkar, saya memohon agar Majlis Tertinggi melaksanakan perkara ini dengan segera agar parti keramat ini boleh maju dan bergerak ke hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×