Pemuda UMNO Alor Setar minta Ahmad Zahid berundur - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO Alor Setar minta Ahmad Zahid berundur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Pemuda UMNO Alor Setar meminta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar berjiwa besar untuk berkorban meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO demi survival serta hala tuju parti yang lebih fokus dan kuat selepas ini.

Ketuanya, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, pihaknya mengambil pendirian bersetuju dengan kenyataan Pemuda UMNO Sabah semalam yang meminta Ahmad Zahid segera meletakkan jawatan tersebut.

“Pemuda UMNO Alor Setar membawa suara ini hasil daripada pendapat akar umbi di bawah yang semakin gelisah dengan krisis yang sedang melanda parti.

“Akar umbi juga tertanya-tanya tentang cerita-cerita UMNO yang dikatakan mahu menjadi kerajaan dengan membentuk ikatan bersama Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, ahli menyatakan rasa terkilan dengan cerita tersebut dan meminta penjelasan kerana mereka menolak sebarang kerjasama dengan PH yang mana jika perkara itu berlaku, ia secara tidak langsung menunjukkan UMNO mengiktiraf DAP.

Syed Mohd. Johan Rizal berkata, pihaknya juga berpendapat bahawa Ahmad Zahid telah gagal menunjukkan sikap kepimpinan yang tegas, karisma serta tidak dapat menunjukkan hala tuju yang jelas tentang masa depan parti menyebabkan ramai Ahli Parlimen dan sebahagian kepimpinan bahagian telah membawa haluan masing-masing.

“Sejak memangku jawatan Presiden sehingga dilantik menjadi Presiden, tidak kelihatan apa usaha yang dilakukannya secara bersungguh-sungguh untuk menyuntik semangat ahli dan memperkuatkan fokus parti yang sebenar,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×