Pemuda Sabah tekad bersama UMNO - Utusan Malaysia

Pemuda Sabah tekad bersama UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Pemuda UMNO Sabah bertekad untuk terus bersama perjuangan UMNO dan menjadi benteng terakhir parti itu.

Walaupun dukacita dengan keputusan keluar beramai-ramai daripada parti berkenaan, namun Pemuda UMNO Sabah akan kekal berjuang dan bersedia mengisi segala ruang yang ditinggalkan.

Ketua Pemudanya, Ir. Abdul Aziz Julkarnain mengakui, perancangan untuk keluar daripada UMNO telah lama dibincangkan di Sabah dalam usaha menyokong kepimpinan Pakatan Harapan (PH) ketika ini.

“Elemen yang menjadi punca utama kepada keputusan besar ini adalah daripada manifestasi kekecewaan mereka terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang tidak mempunyai hala tuju jelas buat parti khususnya untuk UMNO Negeri Sabah.

“Ini lantas menyumbang kepada kehilangan kepercayaan mereka terhadap kepimpinan pusat dan mengambil keputusan drastik untuk keluar daripada parti,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor hari ini mengumumkan seramai 23 Ketua Bahagian, semua Ketua Wanita dan Ketua Puteri serta sembilan Ketua Pemuda UMNO mengambil keputusan untuk keluar parti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×