Pemilik kedai kucing didakwa tawar perkhidmatan seks - Utusan Malaysia

Pemilik kedai kucing didakwa tawar perkhidmatan seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang wanita yang merupakan pemilik sebuah kedai kucing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan khidmat pelacuran pada minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 36 itu membuat pengakuan tersebut terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Izzuddin Mohd. Shukri.

Tertuduh didakwa mencari langganan atau mendesak bagi maksud persundalan di sebuah apartmen di Lorong Minyak Gas di sini pada pukul 7.35 malam, 4 Disember 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Kosmo! sebelum ini melaporkan polis menahan wanita tersebut bersama seorang pelanggan selepas menawarkan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat di rumah tumpangan di sekitar Kota Bharu.

Mereka akan meminta wang RM300 bagi sekali perkhidmatan selepas tawar-menawar melalui WeChat. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×