Pemburu dipaksa tonton filem Bambi di penjara - Utusan Malaysia

Pemburu dipaksa tonton filem Bambi di penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 18 Dis. – Seorang pemburu binatang dijatuhkan hukuman luar biasa untuk menonton filem animasi klasik, Walt Disney, Bambi sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan untuk tempoh setahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memburu ratusan ekor rusa secara haram.

Selain itu, Mahkamah Amerika Syarikat juga menetapkan hukuman penjara satu tahun dan lesen memburunya dibatalkan serta-merta.

Dalam keputusannya, Hakim Robert George memerintah David Berry Jr, dari Brookline, Missouri untuk menonton filem animasi itu pada atau sebelum 23 Disember ini dan dia perlu mengulangi rutin yang sama sebelum mencapai tempoh sebulan seterusnya.

Animasi menyayat hati itu mengisahkan seekor anak rusa yang kehilangan ibu akibat dibunuh pemburu. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×