KUALA LUMPUR 31 Dis. – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyambut baik hasrat Perdana Menteri untuk membantu membesarkan peluang serta keupayaan ekonomi wanita dalam perniagaan. Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Junaidah Kiting menjelaskan, usaha tersebut merupakan khabar gembira buat wanita malah agensi tersebut sebelum ini berjaya melahirkan wanita yang berjaya dalam perniagaan. “Cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu membesarkan keupayaan AIM merupakan satu langkah strategik dan kita percaya langkah ini dapat…










