SEREMBAN 21 Dis. — Tahun 2018 bukan sahaja menyaksikan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang mengubah landskap politik negara ekoran perubahan kerajaan baharu tetapi juga membawa bersama kemunculan Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang tokoh penuh warna-warni. Menamatkan episod 20 tahun beliau keluar, masuk penjara selepas menerima pengampunan dan pembebasan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 16 Mei lepas, Anwar, 71, merupakan ahli politik berpengaruh. Selepas sekian lama tidak…










