Pembantu tadbir sekolah maut rempuh kerbau - Utusan Malaysia

Pembantu tadbir sekolah maut rempuh kerbau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Seorang pembantu tadbir sebuah sekolah di daerah ini maut selepas merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas di Jalan Chukai-Mak Lagam berhampiran Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kemaman di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian pada 12.15 tengah malam itu, Mohd. Jafri Mohd. Kassim, 34, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kuang di sini maut akibat kecederaan parah di bahagian dalaman dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Jafri dalam perjalanan ke bandar Chukai dari rumahnya di Kuarters Guru SMK Mak Lagam di sini.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, seekor kerbau yang dianggarkan seberat 100 kilogram meluru keluar melintasi jalan raya dari kawasan semak berhampiran menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda tidak dapat mengelak.

“Impak daripada rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak beberapa meter dari motosikalnya. Kejadian berlaku di lokasi yang agak gelap kerana tiada lampu jalan,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN