Pembangunan hab belia di setiap daerah - Utusan Malaysia

Pembangunan hab belia di setiap daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 4 Dis. – Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) mencadangkan Kementerian Belia dan Sukan menyediakan pelan tindakan khusus mengenai pembangunan hab belia di setiap daerah.

MBNJ
 

Presidennya, Md. Salleheen Mohammad berkata, pelan tindakan itu akan menjadi garis panduan tetap untuk perancangan pembangunan hab belia itu yang bakal dibina samada kerajaan Pusat, kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahupun pihak swasta.

“Melalui pelan tindakan ini, pihak kementerian akan dapat merencana, merancang serta memberi kuasa hak urus hab belia kepada majlis belia di daerah dan dipantau Jabatan Belia dan Sukan Negeri(JBSN) dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD).

“Kerajaan negeri Johor dan Perak antara dua buah negeri yang telah menyatakan komitmen untuk Pembangunan hab belia di setiap daerah, namun kementerian mestilah berperanan lebih besar bagi memastikan pembangunan itu terletak di lokaliti strategik, berdaya saing serta memenuhi kehendak belia untuk 30 tahun yang akan datang.

“MBNJ berpendapat Hab Belia yang merupakan saranan Penaung Diraja Majlis Belia Negeri Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mampu diterjemahkan jika kementerian serius mahu memastikan belia berpersatuan diperkasa dan melahirkan pengurusan belia yang berkreadibiliti,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Md. Salleheen berkata, pembangunan hab belia mesti mengambil kira penempataan persatuan belia dan pelaksanaan aktiviti kesenian, kebudayaan, ekonomi, keusahanawan, sumber maklumat, sukan, rekreasi, kebajikan serta pusat setempat peluang kerjaya.

“Ini kerana kan menjadi tempat belia berkumpul, merancang dan melaksanakan kegiatan mereka pelbagai aspek daripada kesukarelawan sehingga kepada keserasehan. Selain itu, hab belia turut berperanan menjadi pusat sumber dan pusat sehenti bagi peluang kerjaya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN