Pembangkang sambut baik keputusan Mohamad Ariff - Utusan Malaysia

Pembangkang sambut baik keputusan Mohamad Ariff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Pembangkang menyambut baik keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof yang membenarkan Ahli Parlimen Cameroon Highlands, Datuk C. Sivarraajh berada di Dewan Rakyat.

Ketuanya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut adalah adil selepas Mohamad Ariff mendapatkan penjelasan daripada pihak-pihak terbabit.

Pihak berkenaan adalah peguam kepada Sivarraajh, pakar-pakar perundangan dan keputusan bertulis daripada Hakim Mahkamah Khas Pilihan Raya.

“Maka keputusan yang dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat harus dipatuhi kerana undang-undang negara mengikut Perkara 48 dan 50 Perlembagaan Malaysia jelas memperlihatkan bahawa hakim telah membuat keputusan yang betul.

“Tempoh 14 untuk membuat rayuan mesti dilakukan dan sebelum tamat tempoh itu maka mana-mana ahli Parlimen layak untuk terus duduk di dalam Dewan Rakyat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Mohamad Ariff hari ini berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan mengisytiharkan sesuatu kerusi sebagai kosong selepas menerima perakuan daripada mahkamah.

Justeru, katanya sehingga proses rayuan selesai, Sivarraajh masih dianggap sebagai seorang Ahli Parlimen. – UTUSAN ONLIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN