Pemandu teksi kumpul 400 set monopoli - Utusan Malaysia

Pemandu teksi kumpul 400 set monopoli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seorang pemandu teksi warga Britain menghabiskan masa lebih 30 tahun untuk mengumpul sebanyak 400 set permainan Monopoly.

Jason Dunn, 58, yang juga seorang pakar dalam permainan itu mula mengumpulkan koleksi Monopoly selepas dia muncul sebagai juara Kejohanan Monopoly Dunia sekitar tahun 1980-an.

Koleksi permainan papan itu masih disimpan dalam kotak asal dan berada dalam keadaan baik. Dia dilaporkan mempunyai set permainan yang merangkumi Monopoly edisi klasik London hingga versi moden.

Antaranya termasuk tema legenda Raja Rock&Roll iaitu Elvis Presley, drama bersiri popular, Game Of Thrones dan The Walking Dead.

“Saya suka permainan Monopoly kerana ia memiliki identiti tersendiri berbanding permainan lain tetapi kekal dengan konsep sama. Saya akan terus mengumpulnya termasuk cenderamata berkaitan permainan ini,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN