HULU TERENGGANU – Seorang pekebun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Berang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dipercayai mencuri pisang di kebun miliknya pada awal bulan ini. Ismail Mohd. Don, 38, hanya mengangguk faham sewaktu pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda namun tiada pengakuan direkodkan. Berdasarkan pertuduhan, Ismail didakwa membunuh sehingga membawa kematian Salahudin Ismail, 46, di sebuah rumah di Kampung Tembakang, Bukit Payung,…










