KOTA TINGGI – Seorang lelaki maut manakala dua anak perempuannya cedera selepas kereta Honda City dinaiki mereka bertembung dengan kereta Honda Civic dalam kemalangan di Lebuh Raya Desaru-Senai di sini awal pagi hari ini. Kemalangan kira-kira pukul 3.51 pagi itu menyebabkan pemandu Honda City, Mahadi Ali, 45, meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua anaknya cedera. Kejadian itu turut menyebabkan pemandu Honda Civic dan tiga lelaki yang juga penumpang…










