SOUTHAMPTON 2 Dis. – Jose Mourinho merungut dengan kegagalan Manchester United mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris berturut-turut apabila menyifatkan pemainnya kehabisan angin di atas padang. Katanya, keputusan ketika seri 2-2 dengan Southampton di laman lawan awal hari ini membuktikan tiada pemain dalam pasukan itu yang boleh mengekalkan kecergasan sehingga tamat perlawanan. “Pemain agresif mengejar bola dan berjuang habis-habisan merampas bola. “Marcus Rashford salah seorang yang berbuat demikian…










