KANGAR 13 Dis. – Para pemain Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) musim 2018 kini mengakui semakin resah meskipun tinggal beberapa hari sahaja lagi tunggakan selama enam bulan gaji mereka akan dibayar. Perkara tersebut ada asasnya berikutan kesemua mereka yang berjumlah seramai 18 orang itu, tidak terpilih mengikuti sesi latihan bagi musim depan yang sudah pun bermula. Berdasarkan kontrak yang ditandatangani kesemuanya baru-baru ini, semua tunggakan berjumlah lebih RM1 juta itu…










