PERCATURAN Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menghantar lebih ramai pemain muda pada kejohanan peringkat antarabangsa dilihat mula menunjukkan hasil positif. Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, ia terbukti apabila pencapaian pemain kebangsaan tahun ini disifatkan lebih baik berbanding musim lepas malah skuad badminton tidak lagi terlalu bergantung kepada pemain senior. Beliau berkata, situasi itu merupakan perkembangan positif buat sukan badminton tanah air, lebih-lebih lagi BAM cuba menampilkan lebih ramai…










