Waktu menunjukkan tepat pukul 9.30 pagi, kelihatan kesemua 51 peserta sudah siap menjamu sarapan yang disediakan. Wajah masing-masing pada pagi itu kelihatan sayu, namun tetap berdiri tegak, bersedia untuk mendengar taklimat yang akan diberikan oleh ketua program. Kebanyakan peserta daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu bakal menyaksikan proses pelupusan al-Quran buat pertama kali dalam hidup mereka. Apatah lagi, mereka juga menunggu masa menjadi salah seorang daripada pelupusnya. Selepas hampir…










