Pelanggan panik dapur restoran nasi kandar popular terbakar - Utusan Malaysia

Pelanggan panik dapur restoran nasi kandar popular terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Para pelanggan yang sedang menonton perlawanan bola sepak panik apabila bahagian dapur sebuah restoran nasi kandar popular di Taman Lip Sin, Bayan Lepas di sini terbakar malam kelmarin.

API marak kelihatan di bahagian dapur sebuah restoran nasi kandar popular di Taman Lip Sin di Bayan Lepas, George Town malam kelmarin.

Kejadian pada pukul 9 malam itu menjadi tular di laman sosial apabila rakaman yang dibuat oleh individu dipercayai pelanggan restoran tersebut dimuat naik ke dalam Facebook.

Video tersebut memaparkan api menjulang pada bahagian bumbung restoran dipercayai dari bahagian dapur.

Beberapa pelanggan turut berlari keluar selepas menyedari kejadian tersebut bagi menyelamatkan diri.

Difahamkan, ketika kejadian, kebanyakan pelanggan restoran sedang leka menonton siaran langsung perlawanan bola sepak separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Thailand.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pemeriksaan mendapati kebakaran hanya melibatkan bahagian dapur dan peralatan memasak.

“Ia tidak melibatkan struktur bangunan dan api telah dipadamkan oleh pekerja restoran dengan menggunakan alat pema­dam api. Tiada kemalangan jiwa dalam kejadian tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN