Pelajar universiti antara 8 yang terkorban tunjuk perasaan bantah harga roti - Utusan Malaysia

Pelajar universiti antara 8 yang terkorban tunjuk perasaan bantah harga roti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM 21 Dis. – Lapan penduduk terbunuh termasuk seorang pelajar universiti selepas bertempur dengan polis anti rusuhan yang cuba meleraikan tunjuk perasaan ekoran membantah kenaikan harga roti, di timur Sudan semalam.

Tunjuk perasaan yang memasuki hari kedua ini adalah ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga roti sebanyak AS$0.20 sen (80 sen) hingga AS$0.60 sen (RM2.50) di seluruh negara.

Seorang saksi Al-Tayeb Al-Amine Tah memberitahu stesen penyiasaran tempatan, Sudania 24 yang, polis melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan peserta demonstrasi yang berkumpul di Khartoum berhampiran, istana presiden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN