Pelajar perlu peduli perkara sekeliling - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Pelajar perlu peduli perkara sekeliling – Raja Muda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 8 Dis. – Pendidikan tinggi mendidik pelajar untuk tidak hanya mempelajari apa yang tertulis di dalam buku, sebaliknya penuntut dituntut mengambil peduli tentang pelbagai perkara di sekeliling mereka.


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, tokoh sosiologi Islam, Ibnu Khaldun pernah berkata, “Sesebuah tamadun dapat disamakan dengan usia seorang manusia yang akan melalui tempoh kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas”. Demikianlah halnya dengan peradaban yang dapat dibahagikan kepada 4 kelompok iaitu Generasi Pengamal, Generasi Pengikut, Generasi Pemeliharaan Tradisi dan Generasi Pemusnah Tradisi.

Dalam bidang kerjaya pula, titah baginda, akhlak dan etika inilah yang akan memainkan peranan penting dalam melahirkan kelompok profesional yang memiliki daya keampuhan yang telus terhadap amanah dan tanggungjawab yang diberikan.


Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menerima cek sumbangan zakat perniagaan 2017 daripada QSR Brands (M) Holdings Bhd kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM119,705.50 yang diadakan di Masjid Al-Ala, Behor Temak, Kangar baru-baru ini.


Pengurus Besar Jabatan Syariah & Pematuhan Halal QSR Brand (M) Holdings Berhad, Mohd Roslan Mohd Saludin mempersembahkan cek tersebut kepada baginda.


Keberangkatan tiba baginda ke program yang disekalikan dengan ‘Hijrah Minda MAIPs Kali yang ke 29 bagi 2018 itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.


Berangkat sama, anakanda bongsu baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.


Turut hadir, Eksekutif Jabatan Syariah & Pematuhan Halal QSR Brand (M) Holdings Berhad, Muhammad Hazim Hazani dan Eksekutif Kanan Cappaian Aspirasi Sdn Bhd / Amil Zakat Korporat Johor Corporation, Mohd Farhan Sarom.


Baginda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs turut menambah bahawa seluruh dunia kini berada di fasa Revolusi Industri 4.0, yakni fasa inovasi industri melebarluas rangkaian sambungan (connectivity), dari semua ke semua (Internet of Things, IoT) yang mana generasi muda tidak lagi boleh leka ataupun sekali-kali ketinggalan. – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN