KUANTAN – Seorang pelajar, Mohammad Mukhriz Haykel Mohammad Mahayaddin, 16, meninggal dunia dalam kejadian kemalangan di Jalan Taman Perdana, Pekan dekat sini pukul 1.50 petang tadi. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek berkata, mangsa yang belajar di Kolej Vokasional Shah Alam, Selangor disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pada pukul 6 petang tadi. Menurut beliau, mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM dikatakan keluar simpang secara mengejut di tempat kejadian sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya