Pelaburan ASNB melalui saluran digital - Utusan Malaysia

Pelaburan ASNB melalui saluran digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Malayan Banking Bhd. (Maybank) memperkenalkan dua perkhidmatan baharu kepada para pelanggan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) untuk membuat pelaburan menerusi saluran digital.

Ketua Perkhidmatan Komuniti Kewangan Maybank Malaysia, Datuk Hamirullah Boorhan berkata, perkhidmatan pertama adalah kebolehan untuk membuat pelaburan dalam unit ASNB melalui Maybank2u dalam masa nyata, manakala yang kedua pelaburan ASNB melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM), juga menerusi masa nyata.

Katanya, dengan pelancaran itu, Maybank menjadi bank pertama di Malaysia yang menawarkan semakan masa nyata dan tambah nilai akaun ASNB pelanggan melalui platform perbankan dalam talian dan mudah alih serta di serata rangkaian 2,700 ATM dan Terminal Perkhidmatan Layan Diri di seluruh negara.

“Perkhidmatan ini adalah yang pertama membolehkan pelanggan menyemak baki akaun ASNB mereka dan sejarah lima transaksi terakhir termasuk dividen dan pemindahan serta-merta melalui ATM,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran perkhidmatan baharu berkenaan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×