KAMPAR – Seorang pekerja Telekom Malaysia (TM) maut apabila dia tersepit selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya melanggar sebuah lori yang membawa muatan besi di Kilometer 310.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa, Ahmad Muhaimin Fathil Suhairi, 33, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit di tempat duduk pemandu kenderaan…










