Pekerja tempatan tak perlu risau - Kulasegaran - Utusan Malaysia

Pekerja tempatan tak perlu risau – Kulasegaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM 2 Dis. – Kementerian Sumber Manusia memberi jaminan bahawa cadangan pemansuhan Akta Pampasan Pekerja 1952 tidak akan memberi sebarang kesan kepada pekerja tempatan walaupun perlindungan sama diberikan kepada pekerja asing.

Menterinya, M. Kulasegaran berkata, pekerja tempatan akan terus kekal dilindungi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan tiada apa-apa perubahan akan dilakukan.

“Tiada kena mengena dengan pekerja tempatan yang semua kini dilindungi Perkeso, kita hanya mahu tingkatkan dan kenakan kepada pekerja asing kerana itu antara yang kita janji dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

“Tiada apa-apa perlu dirisaukan, saya akan pastikan tiada apa yang berkurang malah (pekerja tempatan) akan dapat lebih manfaaf pada masa akan datang dan saya boleh jamin,” katanya selepas mengadakan lawatan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Kulim di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, R. Summugam dan Pengarah ADTEC Kulim, Zulkifle Omar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN