Pekerja kontrak didakwa lakukan sumbang mahram - Utusan Malaysia

Pekerja kontrak didakwa lakukan sumbang mahram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 27 Dis. – Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini kerana didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anak kandung sendiri yang berusia 15 tahun pada Disember lalu

Tertuduh yang berusia 38 tahun tidak mengaku bersalah atas pertuduhan itu selepas kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan seorang pekerja kontrak didakwa mencabul dengan maksud seksual menyentuh payudara dan badan mangsa di sebuah rumah di Kampung Manis, Perai kira-kira pukul 7.20 pagi pada 17 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak- kanak 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Lim Saw Sim dan tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan bagaimanapun hakim tidak membenarkan jaminan.

Noor Aini kemudiannya menetapkan 28 Januari depan untuk sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan bagi membolehkan tertuduh membuat lantikan peguam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×