Pekerja kedai buku rugi RM50,000 ditipu Macau Scam - Utusan Malaysia

Pekerja kedai buku rugi RM50,000 ditipu Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU – Seorang pekerja kedai buku kerugian RM50,400 ditipu oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis dari Pulau Pinang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang lelaki yang berusia 34 tahun serta bekerja di sebuah kedai buku di sini pada mulanya dihubungi ‘Cindy Wong’ yang mendakwa dari Jabatan Kastam Pulau Pinang.

“Mangsa dimaklumkan oleh Cindy Wong yang mengatakan kedai mangsa mempunyai hutang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM51,076 tapi mangsa menafikan kedai tersebut miliknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafa berkata, mangsa kemudian disambung ke talian 04-2221522 yang didakwa nombor Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan bercakap dengan ‘Sarjan Liew’ yang memberitahu mangsa turut terlibat dengan kes dadah manakala ‘rakan kongsi’ mangsa Ong Kai Fei telah ditangkap.

“Mangsa telah diminta oleh Sarjan Liew untuk membuat bayaran bagi menyelesaikan kes tersebut dan mangsa telah membuat pembayaran RM50,400,” katanya. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×