KUANTAN 24 Dis. – Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) bakal menawarkan 500 tiket penerbangan seluruh destinasi kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk pulang ke negara asal. Presidennya, Datuk Paduka Zuhairi Ab. Kadir berkata, inisiatif itu bertujuan mengurangkan kesesakan Pati khususnya yang ditahan di pusat tahanan Imigresen di negara ini. Jelasnya, kos penghantaran bakal menggunakan 100 peratus dana kewangan sumbangan badan korporat antarabangsa yang prihatin dengan nasib masyarakatnya. “Peka telah…










