Peguam Anwar pelik kenapa KJ jumpa Nurul Izzah, Rafizi - Utusan Malaysia

Peguam Anwar pelik kenapa KJ jumpa Nurul Izzah, Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Peguam kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, N. Surendran mengkritik dan menyindir Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang dilihat cuba berbuat baik kepada dua bekas pemimpin parti itu iaitu Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli.

Malah, katanya, pertemuan ketiga-tiga mereka di sebuah restoran di Bangsar di sini semalam amat pelik dan mengejutkan.

“Sangat pelik dan mengejutkan. Khairy pernah menuduh Anwar ‘main belakang’ dan kena saman.

“Adakah Khairy menarik semula tuduhannya? Tidak. Dia terus mempertahankan kenyataannya di mahkamah, rayuannya ke atas kes itu masih dalam proses di Mahkamah Persekutuan,” kata Surendran menerusi hantaran Twitter miliknya, hari ini.

Beliau mengulas isu tular dalam media sosial mengenai sekeping gambar yang memaparkan ketiga-tiga pemimpin muda itu dalam satu pertemuan di sebuah restoran di Bangsar, semalam.

Pertemuan itu bagaimanapun menimbulkan spekulasi bahawa mereka sedang merancang untuk melancarkan parti baharu untuk orang muda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×