SHAH ALAM – Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi sebuah skim yang akan ditubuhkan kelak. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said berkata, ini bagi memastikan pembelajaran sepanjang hayat kepada pegawai bomba yang berkelayakan menerusi program yang fleksibel dengan tugasan mereka. “Bagaimanapun, perbincangan secara terperinci masih dilakukan supaya program yang akan ditawarkan atau diikuti…










