Pegawai Bomba Bantuan bantu perkasa JBPM Kelantan. - Utusan Malaysia

Pegawai Bomba Bantuan bantu perkasa JBPM Kelantan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT 2 Dis. – Kehadiran seramai 82 pegawai Pasukan Bomba Bantuan (PBB) yang bakal ditempatkan di balai-balai bantuan mampu memperkasakan lagi penugasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri ini dalam masa terdekat.

Pengarah Bomba negeri, Nazili Mahmood berkata, kesemua pegawai PBB itu akan ditempatkan di tiga buah balai bantuan iaitu Tok Bali (Pasir Puteh); Wakaf Bharu (Tumpat) dan Sungai Durian (Kuala Krai).

“Saya yakin dan percaya penugasan JBPM Kelantan selepas ini akan bertambah lancar dengan kehadiran pegawai PPB terutama di tiga kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikian Majlis Tamat Latihan Kursus Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Siri 1/2018 di Pengakalan Kubor di sini hari ini.

Nazili memberitahu, kesemua pegawai PBB ini telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran dalam bentuk teori dan praktikel sepanjang 10 hari menjalani latihan.

Katanya, JBPM Kelantan akan terus memberi nilai tambah dalam meningkatkan lagi kemahiran dalam kalangan pegawai PBB. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN