PDRM nilai semula anggota di Kuil Sri Maha Mariamman - Utusan Malaysia

PDRM nilai semula anggota di Kuil Sri Maha Mariamman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menilai semula situasi di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 bagi mengurangkan jumlah pegawai dan anggota polis yang bertugas di kawasan terbabit.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat dengan polis Selangor pada petang ini berhubung situasi semasa di kuil berkenaan.

“Setakat ini, kita tidak menerima sebarang ancaman di kuil berkenaan namun kita sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan.

“Kita juga mungkin akan mengurangkan anggota yang bertugas di kuil berkenaan kerana kita tidak mahu terlalu ramai anggota bertugas dalam satu-satu masa,” katanya ketika sidang akhbar sempena Majlis Ronda Cegah Jenayah di Pasar Seni di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN