PUTRAJAYA 10 Dis. – Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi peringatan tegas kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara agar tidak menyalahgunakan kuasa termasuk melewatkan urusan pemprosesan permohonan memandangkan ia adalah permulaan rasuah dalam kerajaan. Perdana Menteri berkata, sekiranya amalan itu tidak dibendung, ia akan berkembang hingga seluruh pentadbiran terlibat dalam gejala rasuah sekali gus menyebabkan pembangunan negara tidak dapat dilakukan seperti yang diharapkan oleh rakyat. Beliau berkata, anggota dan pegawai PBT perlu ingat bahawa kuasa yang diberikan kepada mereka bukan untuk kegunaan sendiri sebaliknya ia bagi menjayakan tugas-tugas yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya