KUALA TERENGGANU 30 Dis. – Sebuah hotel baharu iaitu Paya Bunga Hotel yang memperkenalkan prinsip patuh syariah pertama, membabitkan nilai pelaburan kira-kira RM90 juta mula beroperasi di negeri ini. Majlis perasmian hotel yang terletak di tengah-tengah pusat bandar raya ini di Kompleks PB Square, Jalan Tengku Embong Fatimah di sini, disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Yang turut hadir, isterinya, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman; Setiausaha Kerajaan negeri,…










